Sunday, May 31, 2020

Ulas Buku : Satria-satria Sejati Generasi Baru Karya Hilal Asyraf



Kudapati jalan cerita ada iras kisah Nabi Musa alaihisalam. Lutello tidak dikurniakan anak kerana dia mandul. Bayi yang dijumpai permaisuri diangkat menjadi anak mereka, Ariki. Tanpa disedari Ariki yang dibela sejak kecil adalah bakal perampas takhta yang dimaksudkan oleh ahli nujum. Lutello menyangka musuh sudah habis dihapuskan semasa peperangan agung.

Mengikut @twinnie.read (member bookstagram) total buku siri ini ada 5. 3 di pasaran 2 otw. Aku baca dari kulit ke kulit walaupun hakikatnya hanya menyentuh screen hp. Penulis menukil sambungan hingga 5 kitab kerana realiti hidup nak capai kejayaan hatta dekan pun pelbagai cabaran harus ditempuhi, inikan pula rampasan kuasa (ya dak?).

Biasanya bila baca buku fiksyen aku akan fokus pada ending. Bila dah tahu ending memang aku tak berhajat nak habiskan. Untuk buku ni aku enjoy proses mereka mengumpul bala tentera. Aku suka cara penulis menggarap sifat tawakkal dalam diri setiap watak sehingga memberi kesan pada kita (si pembaca). Lain perkara yang agak menyentuh hati, watak Jilia (betul ke? Sis tak ingat nama) ketika diheret ke penjara, begitu teguh berpegang pada agama yang dianuti Ibu Umeira walaupun amat sedikit hal Islam yang diketahui. Berbeza dengan kita yang mahukan bukti setinggi gunung barulah nak percaya.

Sangat direkemen yang nak baca buku santai tapi deep. Sesuai untuk semua lapisan umur. Gabungan fantasi islamik. Kenapa fantasi - sebab ada ciri avatar - boleh kuasai tanah, angin, air, elektrik, api. Tapi kan, kau orang pernah dengar cakra dalam badan kita? Ops, out of topic. Selamat membaca.

24/30/2020

#romanread #romanbaca #bookstagram #bookstagrammalaysia #malaysiamembaca #bookish #book #read #buku #baca #bacaanmei2020 #satriasatriasejati #generasibaru #hilalasyraf #satriasatriasejatigenerasibaru #bookworm #ulatbuku #booklover #pkp #dudukrumah #bacabuku #mco #malaysiamco #bangsamembaca #bookreview #ulasanbuku #ariki

Sunday, May 10, 2020

Pulang - Lily Haslina Nasir


Pulang - 2018

Cerita berdasarkan kisah benar. Ada dalam bentuk filem, ada juga dalam bentuk buku. Kerana aku sejenis nak cepat aku hanya menonton filem. Ulasan ini berdasarkan nonton filem.

     Othman dan Thom merupakan sepasang suami isteri yang hidup pada zaman sebelum penjajahan Jepun di Malaya. Thom mengambil upah menjahit manakala Othman kerjanya menjala di laut. Mereka dikurniakan seorang anak, Omar. Othman mempunyai cita-cita besar dalam memberi kesenangan pada keluarga kecilnya melalui laut. Baginya tiada guna kapal yang cantik jika hanya bersauh di tepi pantai. Thom risau melihat keghairahan Othman. Cukuplah dua kali Othman meninggalkannya. Namun keputusan Othman tidak ada siapa boleh menghalang. Thom dengan berat hati melepaskan Othman pergi berlayar menjadi krew kapal. Postcard menjadi pengubat rindu dan bukti keberadaan Othman di dunia laut.

     Thom semakin cemas setelah sekian lama tidak menerima postcard. Postcard terakhir berlokasi di Hong Kong. Thom tekad mencari Othman di sana. Namun hampa. Hanya dititipkan surat melalui Lum. Hari demi hari berlalu, tiada perkhabaran keberadaan Othman. Thom kecewa. Omar bersekolah, ke universiti, berkahwin, mempunyai anak, Othman masih tidak kembali. Janji tinggal janji. Namun, jauh disudut hati Thom ingin tahu sebab Othman tidak kembali. Jika mati, mana kuburnya.

     Thom meminta cucunya, Ahmad mencari Othman sebelum dia pergi buat selama-lamanya. Telinganya ingin sekali mendengar sebab Othman tidak pulang. Satu demi satu kisah terbongkar. Cinta Thom dan Othman adalah cinta suci. Tiada siapa dapat memutuskan ingatan mereka. Othman tidak pernah melupakan Thom. Gambar Thom selalu di tangan. Ketika kapal hancur dipukul ombak ganas, dia terdampar di  atas sisa kapal, gambar Thom tetap di pegang erat. Kapal yang disangka sangat mempersonakan ditengah laut rupanya sungguh indah jika hanya disaksikan di gigi pantai.

     Disebabkan salah faham yang sedikit menyebabkan pemisahan dua insan yang saling merindui hingga akhir nafas.

'Aku akan pulang' - Othman
'Aku hanya punya hati, untuk mencintai' -Thom
'Omar cari abah' - Omar

*****

Kisah cinta epik yang mempunyai kaitan dengan sejarah iaitu scene penjajahan Jepun. Bukan sekadar memaparkan cinta sejati antara kekasih malah antara bapa dengan anak dan ibu dengan anak. Persahabatan tanpa mengira kaum. High recommended. Lima bintang.

Wednesday, April 29, 2020

Nabi Lut Melawan LGBT, Nabi Syuaib Melawan Kapitalis dan Kisah-Kisah Lain



     Assalamualaikum dan salam 5 Ramadhan. Harini aku nak coret sikit pengalaman dengan ebook yang aku pinjam di PNM E-reader. Sejak akhir-akhir ni memang aku baca ebook je. Dah macam ketagih. Buku fizikal aku tak sentuhpun setakat Ramadhan ni. Tajuk ebooknya adalah Nabi Lut Melawan LGBT, Nabi Syuaib Melawan Kapitalis dan Kisah-Kisah Lain terbitan Must Read ditulis oleh Syed Azharul Asriq. Aku tertarik dengan perkataan 'LBGT' yang sebesar-besar alam di tengah-tengah cover. Kemudian barulah aku baca tajuk penuh. Hm, nampak menarik. Ditambah dengan aku sering keliru dengan kaum dan Nabi yang diutuskan. Selalu tertukar. Memandangkan ada di apps ni jadi aku pun tekan butang 'reserve' pada hujung PKP fasa 1 (kalau tak silap). Aku dapat baca pertengahan PKP fasa 3, bagi aku tak adalah lama sangat aku kena tunggu. Ini ebook pertama yang aku buat nota kaki dalam buku dalam sembilan muka surat. Tapi tak semua bab, aku hanya buat nota pada bab yang aku rasa perlu (bagi aku).

     Dimuatkan dengan sembilan kisah dan diakhiri dengan warkah penutup dan rujukan (jika anda nak cari bahan rujukan tersebut). Kisah disusun mengikut tahun menaik. Bermula dengan kisah Nabi Nuh dan kaumnya, kisah Nabi Hud dan kaum 'Ad, kisah Nabi Soleh dan kaum Tsamud, kisah Nabi Lut dan kaum bernafsu songsang, kisah Nabi Syuaib dan kaum bermata wang, kisah Qarun dan hartanya, kisah nelayan menjadi kera, kisah Nabi Yunus dan kaumnya yang bertaubat dan akhir sekali kisah pemuda ashabul kahfi. Berkat ketekunan aku menyalin, alhamdulillah aku dah jelas dengan kaum dan nabi yang diutuskan. Inshaa Allah. Untuk lebih jelas lagi bagus rujuk buku tadabbur dan Al-Quran.

     Disini aku nak kongsi juga pengalaman sepanjang aku menyalin. Macam macam perasaan saling bercampur-baur. Ada rasa sedih, rasa terkilan, rasa kesal. Bermula dengan kisah Nabi Nuh as. Kita sedia maklum Nabi Nuh sinonim dengan banjir besar. Bukan banjir 'anak-anak', banjir sampai tak nampak puncak gunung (gunung : tinggi). Banjir besar hingga harus selamatkan haiwan sepasang jantan betina. Patung yang diukir pada mulanya untuk tujuan keinsafan lama-kelamaan bertukar (dianggap) perantaraan tuhan. Disembah dan dipuja lalu diutuskan seorang nabi untuk memperbetulkan akidah dan mengajak ke jalan yang benar tapi mereka menolak dengan alasan itu sembahan nenek moyang ditambah dengan sifat sombong tak mahu bergaul dengan golongan bawahan. Boleh bayangkan? Kerana sifat sombong dan ingkar kaum ini dihapuskan dari muka bumi. Kerana sikap kecil membawa pada penghapusan secara besar- besaran. Hanya kerana rasa sombong mereka binasa dunia akhirat. Rasa perasaan ni sampaikan aku rasa bersyukur sangat bila baca pasal kaum Nabi Yunus as yang sempat bertaubat sebelum azab ditimpa ke atas mereka. Lega sebab mereka sempat selamatkan diri dari azab dunia sekaligus selamatkan akidah inshaa Allah pengakhirannya di syurga selama-lamanya. Kisah Nabi Yunus di bab belakang sikit. Sementara nak sampai kisah Nabi Yunus as ada tiga kisah kaum yang diazab di dunia kerana sifat sombong dan ingkar. Sempat rasa sedih banyak sebelum rasa lega. Kisah lanjut tiga kaum ni anda boleh baca dekat buku kuning ni.

     Satu lagi kisah yang buat aku termenung jauh adalah kisah Nabi Lut as dengan manusia bernafsu songsang atau lebih tepat dia, pasangan hidup. Dua malaikat menyamar sebagai pemuda yang rupawan datang ke rumah Nabi Lut as. Berita kedatangan lelaki yang cantik molek diketahui kaumnya lalu kaumnya datang untuk memuaskan nafsu tak normal mereka.

     "Wahai Lut! Keluarkanlah dua pemuda yang kau simpan. Engkau tahu apa yang kami mahu!"

Kedatangan pemuda itu diketahui kerana isteri Nabi Lut yang beritahu. Aku buat note ;

    'Isteri NL (Nabi Lut as) yang khianat'

Lama aku tenung tulisan itu dan hatiku terdetik ;

Apalah keadaannya di dalam kubur. Aku juga berasa kesal akan pilihannya untuk bersama kaum yang dilaknat Allah swt. Andai difikirkan semula tindakan sebelum buat sebarang keputusan, mungkin boleh selamat.

Ya, aku terdetik.
Mungkin
Mungkin
Mungkin

Tapi perkara dah lepas. Sebagai umat terkemudian kita harus jadikan pengajaran. Bilamana kita berasa diri kita gah, kenangkanlah kaum terdahulu yang lebih gah nikmatnya tetapi kerana sikap mereka azab diturunkan. Semoga kita dibawah lindunganNya.

Ummu Roman,
29/4/20 @ 3.55 pm

Nota Kaki : Jika ada sebarang buah fikiran dialu-alukan isi di kotak komen.







Saturday, April 25, 2020

Sketsa Ummi dan Roman (Bahagian 1)



     "Ummi, kalau kita tak ada pembaris, kita
nak ukur pakai apa?"

     "Pita ukur kan ada," jawab ummi acuh tak acuh. Tangannya laju menyusun bahan mentah di dalam peti ais. Semenjak PKP dilaksanakan dia terpaksa beli bahan masak dalam kuantiti yang banyak untuk mengurangkan kekerapan keluar. Mujur keluarganya kecil, sekali beli bertahan hingga dua tiga minggu.

Roman terdiam. Dia tahu ummi faham apa yang cuba disampaikan. Ummi segera menoleh ke arah anak kecil itu. Selalunya ada saja celoteh membidas jawapannya. Bila senyap maknanya ada yang tak kena. Ummi tergelak kecil melihat muka sememeh Roman. Dia tahu maksud pertanyaan Roman, saja dia memberi jawapan mengusik. Ummi mengangkat tangan, isyarat sekejap. Dipercepatkan larian tangan. Pintu peti ais ditutup.

     "Bila kita dalam hutan atau kita sesat kat mana mana, apa barang pun tak ada. Kalau kita nak ukur apa apa, nak ukur dekat langit sekalipun, kita boleh guna tangan kita," tangan Roman dicapai dan diangkat. Muka Roman masih seperti tadi. Sememeh.

     "Tangan kita ni nampak je macam lopek, guna bila nak makan tapi kalau kita tengok betul betul banyak kegunaan. Allah cipta dengan banyak banyak banyak benda baik yang kita boleh guna" ummi sedar anaknya sedang membesar, memerlukan jawapan sebenar bukannya jawapan mitos. Jawapan yang merangsang pertumbuhan sel otak.

     Masih ramai ibu bapa yang menggunakan alasan atas angin. 'Jangan pergi sana ada hantu', 'jangan makan pilih pilih nanti mak mati' dan sebagainya. Jika diperhatikan alasan 'hantu' lambat laun anak akan terdidik dengan takut pada hantu.

Dapatkan bestseller buku Menerokai Rahsia STEM-A Dalam Al-Quran dengan pengeposan percuma Semenanjung Malaysia di sini

https://www.facebook.com/Buku-Buku-109326537413873//



Membaca di PNM E-Reader Di Musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Ramadhan



     Assalamualaikum dan selamat berpuasa. Harini hari kedua kita berpuasa. Jangan cheat tau. Harini aku nak kongsi dengan anda semua cara guna apps PNM E-Reader, free lagi. Pernah dengar? Tak pernah? Aku pun baru je guna masa PKP fasa satu. Sebab di rumah kebanyakan buku non-fiction dan rasa nak relax sikit dari stress duduk rumah, nak otak berterbangan sekejap dengan buku fiction maka aku pun download apps ni di Play Store dan sekejap je masuk PKP fasa tiga aku dah rasa love sangat duduk rumah dengan malasnya yaa ampun. Tapi okey je kalau majikan panggil kerja. Hahaha.

     Kaedah apps ni pinjam-pulang. Dia akan bagi satu date dan anda haruslah habiskan bacaan sebelum tarikh tersebut. Jika tidak tak sempat bacalah gamaknya. Ohh lupa, tak boleh renew. Sebab ramai lagi orang tunggu queue kat belakang. Jadi seeloknya pinjam satu buku pada satu masa tapi jika anda seorang pembaca yang laju apa salahnya test diri kan. Jenis aku pulak suka baca sambil menyalin terutamanya buku non-fiction plus qoute yang best best jadi aku akan pinjam satu buku dalam satu masa.

     Banyak buku dari Iman Publication, Must Read, Karya Seni, Karangmall, Komrae Buki dan banyak lagi. Setakat ni aku dah baca ebook Terlena Di Salah Syurga, Karma, How Are You, Doktor Sakit, Kitab Perukunan Besar, Khayalan dan terbaru Nabi Lut Melawan LBGT, Nabi Syuaib Melawan Kapitalis dan Kisah-Kisah Lain. Ada dua tiga ebook aku pulangkan tanpa habiskan bacaan sebab tak kena dengan jiwa aku. Anda pula cuba cari yang kena dengan jiwa. Tak semua buku sesuai dengan kita jadi jangan rasa macam teruk sangat kalau tak mampu habiskan. Chill je okeyy.

   Aku ada buat fotografik cara guna PNM E-reader. Fotografik ni apa? Gambar yang ada info/maklumat dan sewaktu dengannya. Aku buat malam dua tiga hari sebelum Ramadhan. Ikut je step yang aku dah susun. Ada orang request aku buat. Kalau tak aku dapat rasakan aura 'rajin' sangat tuuu.









Untuk step 5 (di bawah ni), dari 'Home' nak direct ke 4 Kotak tu anda boleh tekan username. Tak perlu ikut step kat bawah ni. Incase anda tak jumpa username, anda boleh juga guna cara kat bawah. Cuma rasa macam lambat masa sebab banyak sangat jalan nak kena lalu. Ada kawan bookstagram yang bagitahu cara ni. Kalau tak akupun pening kepala nak cari jalan highway.



Langkah seterusnya tak ada masalah. Anda ikut je step tertera.


Fungsi 'My Books'



Cara pulangkan buku
     Setakat ni aku hanya guna apps ni je. Ada kata apps Book Capital pun boleh pinjam. Kalau aku dah try aku bagitahu anda okey. Tapi, kalau anda nak beli ebook anda boleh beli di Play Store Book. Kalau anda pernah dengar e-sentral? Itupun apps beli ebook.

Alright, itu sahaja. Selamat memanfaatkan henfon dan waktu ramadhan anda. Selamat berbuka.

Ummu Roman,
25/4/20 @ 5.04 pm

notakaki: Jika ada sebarang buah fikiran dialu-alukan isi di kotak komen.

Friday, April 17, 2020

Sebuah Penghayatan : Perempuan yang Baik Baik Dalam Al-Quran dan Lelaki yang Hebat-Hebat Dalam Al-Quran

Ulasan Pasangan Buku Tadabbur Keluaran Iman Publication

    Kedua buku ini adalah buku tadabbur pertama yang ada dalam simpananku. Masa pre-order dibuka untuk Perempuan Baik Baik aku ragu-ragu untuk beli sebab takut benda yang sama je aku jumpa dalam kebanyakan buku. Oh ya, aku sejenis sangat excited pada ilmu baru. Kalau benda yang sudah dalam pengetahuanku, aku macam 'oh'. Semestinya aku inginkan kelainan. Tak lama kemudian Iman Publication keluarkan sekuelnya, Lelaki Hebat Hebat. Termangu aku fikir nak beli ke tak. Aku pun decided untuk beli sekali dengan Perempuan Baik Baik. Kiranya untuk pre-order Lelaki Hebat Hebat aku beli sekali buku perempuan. Jimat postage. Aku jugak guna kod diskaun kak Faraa Musa. Siapa tu? Sila search nanti inshaa Allah mesti jumpa. Biasa bila Iman Publication buat pre-order mesti dapat kotak buku istimewa. 




Inilah kotaknya. Sampai je buku buku ni aku baca perempuan dulu. Dan aku rasa 'wah, okey ni baru aku tahu'. Hampir semua isi buku pengetahuan baru bagi aku. Maka terhasillah ulasan lanjut dua buku ini. Bahasa untuk ulasan lanjut ni aku guna bahasa baku sebab aku hantar ulasan yang sama di konfess buku. Agak panjang ulasan ni. Selamat membaca.

     Membaca Al-Quran merupakan amalan yang baik dalam memenuhi keperluan rohani namun membaca kalimah Allah SWT berserta terjemahan dan tafsiran yang ditafsir oleh ulama-ulama yang berkelayakan menghasilkan mata hati yang lebih celik dan jaga akan hukum yang diturunkan sang pencipta. Kekurangan dari segi pendidikan dan pendedahan terhadap Al-Quran membuatkan kita hilang punca dan tidak tahu mahu bermula dari mana. Buku Perempuan Baik Baik dan Lelaki Hebat Hebat adalah antara buku tadabbur yang dimuatkan secara terperinci maksud dan makna ayat. Penggunaan bahasa yang santai dan senang memudahkan misi menghayati Al-Quran individu biasa.

     Perempuan Baik Baik merangkumi lapan kisah iaitu surah an-Nisa' : kemuliaan wanita, surah al-Qasas : ibrah kisah ibu Nabi Musa as, surah Maryam : perempuan yang didatangi Jibril, surah al-Mujadalah : perempuan yang mengadu, surah al-Muntahanah : perempuan yang diuji, surah at-Tahrim : perempuan yang berbisik-bisik, ketujuh kisah tiga perempuan di dalam neraka dan akhir sekali surah Yusuf : konspirasi Zulaikha. Manakala Lelaki Hebat Hebat menghimpunkan kisah pemuda ashabul kahfi, Nabi Ibrahim as, Nabi Ismail as dan Nabi Daud as ketika muda dan akhir sekali kisah Nabi Isa as dan pemuda hawariyun. Penulis mengutarakan sumber kisah pemuda ashabul kahfi iaituAl-Quran dan juga Kristian, ibrah dari ayat ayat pemuda ini, kaitan pemuda pemuda ini dengan sepuluh ayat pertama surah al-kahfi dan ibrah melalui akronim ashabul kahfi. Kupasan pemuda pemuda ini memakan lebih dari separuh buku.

     Berikut merupakan penerangan perincian yang terdapat dalam dua buku ini. Walaubagaimanapun contoh hanya diambil dari Perempuan Baik Baik.

1) Sirah disebalik penurunan ayat. Contoh, surah al-Qasas diturunkan ketika hujung hujung masa sebelum perintah berhijrah ke Madinah diturunkan. Pada waktu ini pembantaian hebat dilakukan terhadap umat Islam di Mekah. Pakatan musyrik Quraisy sedang berada di kemuncak. Antara usahanya adalah hendak membunuh Rasulullah saw. Hal ini menyebabkan para sahabat berada dalam ketakutan dan sangat bimbang. Kisah Nabi Musa as inilah yang memberi kekuatan dan ketenangan kepada para sahabat kerana kisahnya sama dengan keadaan para sahabat pada ketika itu.

2) Seni penyusunan ayat Al-Quran dari urusan kecil hingga ke urusan yang lebih besar dan kembali semula ke urusan kecil. Tiada perkara yang dibuat Allah SWT untuk tujuan saja-saja melainkan ada perkara yang ingin disampaikan. Surah an-Nisa' disusun bermula dengan isu kecil iaitu isu keluarga diikuti dengan isu yang  lebih besar iaitu berkaitan yahudi kemudian isu ancaman yang lebih besar iaitu hal golongan munafik kemudian disusun semula isu-isu secara terbalik (hal orang-orang yahudi – golongan munafik – hal rumah tangga). Apa yang boleh dirumus adalah hal-hal yang kecil seperti yang berlaku dalam kerukunan rumah tangga mempunyai kesinambungan kepada isu-isu besar. Setiap yang besar akan bermula dengan kecil. Sikap mengabaikan dan meremehkan perkara kecil akan terbawa-bawak dalam menguruskan hal yang lebih besar.

3) Ketepatan bahasa arab Al-Quran dalam menerangkan situasi suatu kisah. Penggunaan perkataan yang tepat sangat perlu supaya tiada salah faham. Perkataan 'ف' dalam surah Maryam (ayat 21-22) menunjukkan dengan pantas Maryam hamil. Sesetengah ulama mengatakan proses kehamilan mengambil masa lima hari dan bukan sembilan bulan. Ini berdasarkan perkataan 'ف'tersebut yang menunjukkan proses berlaku dengan begitu pantas. Hanya Allah SWT yang lebih mengetahui.


     Tidak dinafikan penerangan dalam kedua buku ini sangat bagus untuk dijadikan rujukan dalam mentadabbur Al-Quran namun sebaik-baik pengajaran adalah dengan adanya guru untuk memggelakkan ter'berguru' dengan syaitan. Sumber utama umat Islam yang tiada keraguan akan kesahihannya adalah Al-Quran, hadis dan dalil-dalil selain dari itu tidak pulak mengiyakan dan tidak pula menidakkan, cukuplah kita bersederhana dalam menyampaikan lagipula kita bukan ahlinya. Wallahualam.

Sekiranya ada apa-apa buah fikiran jangan lupa tinggalkan di ruangan komen.

Thursday, November 7, 2019

Murabbi Cinta (Aku Terima Nikahnya 3)


     Sebelum ni aku ada baca sebelum buku ni, warna biru tapi aku tak ingat tajuk besarnya. Tapi yang aku ingat Aku Terima Nikahnya jugak tajuknya. Btw sebelum ni aku tu 4 tahun lepas. Aku ingat sebab Facebook ingatkan aku. Hahahaha. Okey, pasal buku Murabbi Cinta, buku ni aku tak sengaja terjumpa. Asalnya aku cari buku Hilal Asyraf, belek punya belek jumpa buku ni. Padahal mata aku lalu laju je asyik mencari, tapi sebab nama penulis agak familiar dimata aku, terus aja mata aku terpegun disitu. Okey kalini aku pinjam disebabkan penulis.

     #BukuBacaanOktober19. Aku baca buku ni selepas selesai baca buku Miftahul Malayu. Buku Miftahul Malayu nanti aku ulas ya. Ada banyak poin kena buat note. Maklumlah buku pinjam. Macam biasa aku pinjam di PNM. Dekat je dengan HKL.

     Mungkin disebabkan tajuknya 'Aku Terima Nikahnya' mesti orang ramai akan beranggapan buku ni buku cinta. Tapi memang ya buku ni buku cinta, buku untuk mendapat cinta sejati bukan sekadar i lap u, u lap i. Buku cinta yang menceritakan cara untuk mencorakkan cinta, membentuk cinta. Suka aku ingatkan untuk korang baca buku realiti, yang benar benar terjadi. Sebab apa? Kita hidup dibumi yang nyata, kaki kita berpijak di bumi dan bukanlah terapung di awang-awangan. Dahlah macam membebel pulak. Apa apa pun buku ni bukan untuk orang yang dah ada anak, untuk bujang pun bagus. Bagus sebab dapat asah otak untuk lebih berkembang pesat. Nak lagi pesat banyakkanlah baca buku realiti. Cetttt.

     Suka aku poinkan poin yang aku suka disini. Kenapa disini? Sebab kalau kat buku confirm tak baca.

1. Erti bahagia. Syarat utama bahagia bukanlah kaya. Adakalanya serba kekurangan membuatkan kita lebig bahagia.

2. Politik dunia. Pupuklah diri agar bijak menilai kebaikan dan kebatilan. Beginilah kalau baik‌, begitulah kalau buruk.

3. Kurangkan SEPATUTNYA. Sepatutnya begitu, sepatutnya begini. Kurangkan SEPATUTNYA in shaa Allah hati lebih ikhlas untuk redha.

4. Murabbi Cinta, seorang nabi. Kasihnya baginda kepada umatnya.

5. Faham doa. Biarlah berdoa dalam bahasa ibunda kita, kerana memahami itu lebih rasa hating berbanding berkata bahasa yang tidak difahami.

Untuk keterangan lanjut, sila baca sendiri buku Murabbi Cinta. Semoga yang baik itu ada bersama kita. Assalam.