Assalamualaikum dan salam 5 Ramadhan. Harini aku nak coret sikit pengalaman dengan ebook yang aku pinjam di PNM E-reader. Sejak akhir-akhir ni memang aku baca ebook je. Dah macam ketagih. Buku fizikal aku tak sentuhpun setakat Ramadhan ni. Tajuk ebooknya adalah Nabi Lut Melawan LGBT, Nabi Syuaib Melawan Kapitalis dan Kisah-Kisah Lain terbitan Must Read ditulis oleh Syed Azharul Asriq. Aku tertarik dengan perkataan 'LBGT' yang sebesar-besar alam di tengah-tengah cover. Kemudian barulah aku baca tajuk penuh. Hm, nampak menarik. Ditambah dengan aku sering keliru dengan kaum dan Nabi yang diutuskan. Selalu tertukar. Memandangkan ada di apps ni jadi aku pun tekan butang 'reserve' pada hujung PKP fasa 1 (kalau tak silap). Aku dapat baca pertengahan PKP fasa 3, bagi aku tak adalah lama sangat aku kena tunggu. Ini ebook pertama yang aku buat nota kaki dalam buku dalam sembilan muka surat. Tapi tak semua bab, aku hanya buat nota pada bab yang aku rasa perlu (bagi aku).
Dimuatkan dengan sembilan kisah dan diakhiri dengan warkah penutup dan rujukan (jika anda nak cari bahan rujukan tersebut). Kisah disusun mengikut tahun menaik. Bermula dengan kisah Nabi Nuh dan kaumnya, kisah Nabi Hud dan kaum 'Ad, kisah Nabi Soleh dan kaum Tsamud, kisah Nabi Lut dan kaum bernafsu songsang, kisah Nabi Syuaib dan kaum bermata wang, kisah Qarun dan hartanya, kisah nelayan menjadi kera, kisah Nabi Yunus dan kaumnya yang bertaubat dan akhir sekali kisah pemuda ashabul kahfi. Berkat ketekunan aku menyalin, alhamdulillah aku dah jelas dengan kaum dan nabi yang diutuskan. Inshaa Allah. Untuk lebih jelas lagi bagus rujuk buku tadabbur dan Al-Quran.
Disini aku nak kongsi juga pengalaman sepanjang aku menyalin. Macam macam perasaan saling bercampur-baur. Ada rasa sedih, rasa terkilan, rasa kesal. Bermula dengan kisah Nabi Nuh as. Kita sedia maklum Nabi Nuh sinonim dengan banjir besar. Bukan banjir 'anak-anak', banjir sampai tak nampak puncak gunung (gunung : tinggi). Banjir besar hingga harus selamatkan haiwan sepasang jantan betina. Patung yang diukir pada mulanya untuk tujuan keinsafan lama-kelamaan bertukar (dianggap) perantaraan tuhan. Disembah dan dipuja lalu diutuskan seorang nabi untuk memperbetulkan akidah dan mengajak ke jalan yang benar tapi mereka menolak dengan alasan itu sembahan nenek moyang ditambah dengan sifat sombong tak mahu bergaul dengan golongan bawahan. Boleh bayangkan? Kerana sifat sombong dan ingkar kaum ini dihapuskan dari muka bumi. Kerana sikap kecil membawa pada penghapusan secara besar- besaran. Hanya kerana rasa sombong mereka binasa dunia akhirat. Rasa perasaan ni sampaikan aku rasa bersyukur sangat bila baca pasal kaum Nabi Yunus as yang sempat bertaubat sebelum azab ditimpa ke atas mereka. Lega sebab mereka sempat selamatkan diri dari azab dunia sekaligus selamatkan akidah inshaa Allah pengakhirannya di syurga selama-lamanya. Kisah Nabi Yunus di bab belakang sikit. Sementara nak sampai kisah Nabi Yunus as ada tiga kisah kaum yang diazab di dunia kerana sifat sombong dan ingkar. Sempat rasa sedih banyak sebelum rasa lega. Kisah lanjut tiga kaum ni anda boleh baca dekat buku kuning ni.
Satu lagi kisah yang buat aku termenung jauh adalah kisah Nabi Lut as dengan manusia bernafsu songsang atau lebih tepat dia, pasangan hidup. Dua malaikat menyamar sebagai pemuda yang rupawan datang ke rumah Nabi Lut as. Berita kedatangan lelaki yang cantik molek diketahui kaumnya lalu kaumnya datang untuk memuaskan nafsu tak normal mereka.
"Wahai Lut! Keluarkanlah dua pemuda yang kau simpan. Engkau tahu apa yang kami mahu!"
Kedatangan pemuda itu diketahui kerana isteri Nabi Lut yang beritahu. Aku buat note ;
'Isteri NL (Nabi Lut as) yang khianat'
Lama aku tenung tulisan itu dan hatiku terdetik ;
Apalah keadaannya di dalam kubur. Aku juga berasa kesal akan pilihannya untuk bersama kaum yang dilaknat Allah swt. Andai difikirkan semula tindakan sebelum buat sebarang keputusan, mungkin boleh selamat.
Ya, aku terdetik.
Mungkin
Mungkin
Mungkin
Tapi perkara dah lepas. Sebagai umat terkemudian kita harus jadikan pengajaran. Bilamana kita berasa diri kita gah, kenangkanlah kaum terdahulu yang lebih gah nikmatnya tetapi kerana sikap mereka azab diturunkan. Semoga kita dibawah lindunganNya.
Ummu Roman,
29/4/20 @ 3.55 pm
Nota Kaki : Jika ada sebarang buah fikiran dialu-alukan isi di kotak komen.
No comments:
Post a Comment