Monday, October 28, 2019

Pelukis Jalanan Oleh Teme Abdullah #ummuromanreviewbuku

   


    Aku tak ingat macam mana aku boleh ter'follow' Teme Abdullah tapi paling aku ingat sejak aku mengaktifkan satu akaun instagram khas untuk aku kongsikan buku yang aku baca. Memandangkan aku 'follow' beliau dan jugak satu syarikat yang menerbitkan buku beliau, Iman Publication, banyak kali aku perasan buku-buku beliau sama ada dekat ig @imanpublication / @itsteme. Jadinya aku buat keputusan untuk cari buku beliau masa hantar buku lain dekat Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Setakat ni memang aku pinjam buku dekat PNM je. Paling dekat dengan rumah aku setakat ni, in shaa Allah.

     Aku hanya jumpa satu je buku beliau, Pelukis Jalanan. Agak berzaman sebenarnya aku tak baca buku yang diolah dan disimpul dengan penceritaan yang penuh perasaan dan buku fiksyen. Aku tak rasa buku ni buku fiksyen sebab cerita ditulis berdasarkan kisah benar, pengalaman penulis sendiri. Tapi apapun setiap babak penting memang terasa sampai ke dasar jantung. Untuk anda yang kurang daya visual, mungkin akan mengantuk kalau anda baca buku ni. Bukan buku ni saja, semua buku. Aku cakap macam ni sebab kakak aku baca buku ni tak pernah tak menguap. Siap diletak tepi, malas nak baca. Tak feel orang kata.

     Disaat Teme rasa tertekan kerana kekurangan duit untuk bayar sewa bilik, aku rasa kesiannyalah dia. Dimasa Teme marah kerana disabotaj oleh ahli kumpulannya sendiri, aku ikut marah. Dikala Teme berjaya membuktikan lukisan itu milik dia, aku berasa puas. Siap hati berbisik lagi, 'padan muka Orange' hahaha. Masa Teme mula disenangkan Allah dengan mendapat tempahan lukisan, aku pun ikut senang.

     Memang buku ni digarap dengan baik. Dari satu plot ke satu plot. Ada permulaan, kemuncak, pengakhiran. Istilah bahasa yang digunakan pun simple, senang. Bukan macam cerita prosa tradisional. Sangat rekeman untuk mereka yang mahukan paparan realiti kehidupan.

     Sesiapa yang nak dapatkan buku ni boleh berhubung dengan Iman Publication. Takpun ada je di kedai buku kalau tak silap aku. Kalau anda sejenis yang mempunyai kekangan kewangan, bolehlah rajinkan diri menapak ke perpustakaan berdekatan. Aku tak  pasti perpustakaan lain ada ke tak buku Teme Abdullah. Boleh cuba try test.

Selamat membaca.

No comments:

Post a Comment