Monday, October 28, 2019
Pelukis Jalanan Oleh Teme Abdullah #ummuromanreviewbuku
Aku tak ingat macam mana aku boleh ter'follow' Teme Abdullah tapi paling aku ingat sejak aku mengaktifkan satu akaun instagram khas untuk aku kongsikan buku yang aku baca. Memandangkan aku 'follow' beliau dan jugak satu syarikat yang menerbitkan buku beliau, Iman Publication, banyak kali aku perasan buku-buku beliau sama ada dekat ig @imanpublication / @itsteme. Jadinya aku buat keputusan untuk cari buku beliau masa hantar buku lain dekat Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Setakat ni memang aku pinjam buku dekat PNM je. Paling dekat dengan rumah aku setakat ni, in shaa Allah.
Aku hanya jumpa satu je buku beliau, Pelukis Jalanan. Agak berzaman sebenarnya aku tak baca buku yang diolah dan disimpul dengan penceritaan yang penuh perasaan dan buku fiksyen. Aku tak rasa buku ni buku fiksyen sebab cerita ditulis berdasarkan kisah benar, pengalaman penulis sendiri. Tapi apapun setiap babak penting memang terasa sampai ke dasar jantung. Untuk anda yang kurang daya visual, mungkin akan mengantuk kalau anda baca buku ni. Bukan buku ni saja, semua buku. Aku cakap macam ni sebab kakak aku baca buku ni tak pernah tak menguap. Siap diletak tepi, malas nak baca. Tak feel orang kata.
Disaat Teme rasa tertekan kerana kekurangan duit untuk bayar sewa bilik, aku rasa kesiannyalah dia. Dimasa Teme marah kerana disabotaj oleh ahli kumpulannya sendiri, aku ikut marah. Dikala Teme berjaya membuktikan lukisan itu milik dia, aku berasa puas. Siap hati berbisik lagi, 'padan muka Orange' hahaha. Masa Teme mula disenangkan Allah dengan mendapat tempahan lukisan, aku pun ikut senang.
Memang buku ni digarap dengan baik. Dari satu plot ke satu plot. Ada permulaan, kemuncak, pengakhiran. Istilah bahasa yang digunakan pun simple, senang. Bukan macam cerita prosa tradisional. Sangat rekeman untuk mereka yang mahukan paparan realiti kehidupan.
Sesiapa yang nak dapatkan buku ni boleh berhubung dengan Iman Publication. Takpun ada je di kedai buku kalau tak silap aku. Kalau anda sejenis yang mempunyai kekangan kewangan, bolehlah rajinkan diri menapak ke perpustakaan berdekatan. Aku tak pasti perpustakaan lain ada ke tak buku Teme Abdullah. Boleh cuba try test.
Selamat membaca.
Saturday, October 19, 2019
Bahasa dan Pemikiran Melayu (Pesanan Terakhir Pejuang Melayu)
Dah lama tak update blog sejak kekurangan masa untuk membaca. Lama jugak aku ambil masa untuk habiskan. Rasa lebih sebulan. Maklumlah otak dah tepu. Apapun alhamdulillah pembacaan dihabiskan dalam bulan Oktober 2019. Stiker putih kat tepi tu menandakan buku ini hal milik Pepustakaan Negara Malaysia. Nanti aku dah pulangkan korang boleh pinjam ya. Hehehehe. Aku sebenarnya nak pinjam buku lain, tapi sebab tak jumpa ambik je mana ada. Tak sangka agak menyeronokan jugak!
Masa aku buka buku ni, aku sedang baca satu buku ni. Cuba teka apa jadi, aku tutup buku yang aku dalam proses nak habiskan, aku teruskan pembacaan buku Bahasa dan Pemikiran Melayu. Haa betapa kuatnya tarikan buku ni. Tapi sebab otak dah tumpul, agak lambatkan perjalanan membaca buku ni. Hahahah
Kalau orang tanya poin apa yang best sangat sampaikan tutup buku lain buka buku ni, semestinya poin yang aku baru tahu. Tapi aku tak pastilah dengan korang, jenis kesukaan korang. Tapi bagi aku benda baru memang best kalau nak explore. Tapi kelakar tak kalau aku cakap aku baru nak explore bahasa sendiri yang aku dah guna lebih 20 tahun? Okey je ke atau sedih? Bagi aku tak ada benda yang terlambat tapi apapun menyedihkan jugaklah. Hahaha
Antara yang seronoknya buku ni (as my perception) pengaruh bahasa inggeris dalam bahasa melayu. Selalu kita buat surat rasmi bermula dengan 'Adalah dimaklumkan' tapi mengikut bahasa melayu asli 'Dimaklumkan' sahaja. Tapi benda ni dah lama jadi sejak abad ke- 19 kalau tak silap. Masa Surat inggeris perlu diterjemah ke bahasa melayu. Nak salahkan diorangpun macam kurang sopan, jadinya aku-kaulah perlu belajar sendiri. Banyak lagi sebenarnya pengaruh bahasa inggeris dalam penulisan bahasa melayu. Korang boleh godek buku ni kayy.
Perkara best yang lain adalah seronoknyalah aku bila baca pengaruh bahasa melayu ni sangat kuat pada masa dulu-dulu. Sangat majunya bahasa melayu ni sampaikan orang bukan melayu pun bercakap dalam bahasa melayu sebagai bahasa perhubungan. Bukan sekadar lingua franca perdagangan, lebih lagi lingua franca kesusasteraan, lingua franca ilmu dan macam macam. Sebagai melayu (tapi aku pun Tak pasti aku melayu Ori ke campur) aku agak bangga akan kemodenan bahasa melayu pada suatu kala tapi sekadar bangga tak cukup. Perlu ada satu usaha iaitu mengamalkan. Ya, mengamalkan. Baru tak reput dek zaman.
Lagi satu poin yang buat aku lagi jatuh cinta adalah, gaya penulisan sasterawan zaman dulu yang penuh dengan maksud tersirat. Tak mematikan watak walaupun insan yang memainkan watak itu sudah tiada. Faham tak? Haaa ni ayat tersirat ni. Chewaah.
Jadinya inilah antara poin yang best bagi aku. Walaupun aku ulas buku perbincangan bahasa melayu, maafkanlah aku kerana menggunakan bahasa melayu campur yang tak berapa nak asli ni. Sesungguhnya aku manusia yang penuh dengan khilaf. Akan diperbaiki dari masa ke masa.
Diharapkan ulasan ni membuatkan korang rasa nak explore bahasa melayu lebih dan lebih lagi. Sekian terima kasih. Harap maklum.
n/p : Sesungguhnya aku baru tahu 'maklum' itu maksudnya faham. Jadinya harap maklum = harap faham.
Subscribe to:
Posts (Atom)