Thursday, November 7, 2019
Murabbi Cinta (Aku Terima Nikahnya 3)
Sebelum ni aku ada baca sebelum buku ni, warna biru tapi aku tak ingat tajuk besarnya. Tapi yang aku ingat Aku Terima Nikahnya jugak tajuknya. Btw sebelum ni aku tu 4 tahun lepas. Aku ingat sebab Facebook ingatkan aku. Hahahaha. Okey, pasal buku Murabbi Cinta, buku ni aku tak sengaja terjumpa. Asalnya aku cari buku Hilal Asyraf, belek punya belek jumpa buku ni. Padahal mata aku lalu laju je asyik mencari, tapi sebab nama penulis agak familiar dimata aku, terus aja mata aku terpegun disitu. Okey kalini aku pinjam disebabkan penulis.
#BukuBacaanOktober19. Aku baca buku ni selepas selesai baca buku Miftahul Malayu. Buku Miftahul Malayu nanti aku ulas ya. Ada banyak poin kena buat note. Maklumlah buku pinjam. Macam biasa aku pinjam di PNM. Dekat je dengan HKL.
Mungkin disebabkan tajuknya 'Aku Terima Nikahnya' mesti orang ramai akan beranggapan buku ni buku cinta. Tapi memang ya buku ni buku cinta, buku untuk mendapat cinta sejati bukan sekadar i lap u, u lap i. Buku cinta yang menceritakan cara untuk mencorakkan cinta, membentuk cinta. Suka aku ingatkan untuk korang baca buku realiti, yang benar benar terjadi. Sebab apa? Kita hidup dibumi yang nyata, kaki kita berpijak di bumi dan bukanlah terapung di awang-awangan. Dahlah macam membebel pulak. Apa apa pun buku ni bukan untuk orang yang dah ada anak, untuk bujang pun bagus. Bagus sebab dapat asah otak untuk lebih berkembang pesat. Nak lagi pesat banyakkanlah baca buku realiti. Cetttt.
Suka aku poinkan poin yang aku suka disini. Kenapa disini? Sebab kalau kat buku confirm tak baca.
1. Erti bahagia. Syarat utama bahagia bukanlah kaya. Adakalanya serba kekurangan membuatkan kita lebig bahagia.
2. Politik dunia. Pupuklah diri agar bijak menilai kebaikan dan kebatilan. Beginilah kalau baik, begitulah kalau buruk.
3. Kurangkan SEPATUTNYA. Sepatutnya begitu, sepatutnya begini. Kurangkan SEPATUTNYA in shaa Allah hati lebih ikhlas untuk redha.
4. Murabbi Cinta, seorang nabi. Kasihnya baginda kepada umatnya.
5. Faham doa. Biarlah berdoa dalam bahasa ibunda kita, kerana memahami itu lebih rasa hating berbanding berkata bahasa yang tidak difahami.
Untuk keterangan lanjut, sila baca sendiri buku Murabbi Cinta. Semoga yang baik itu ada bersama kita. Assalam.
Monday, October 28, 2019
Pelukis Jalanan Oleh Teme Abdullah #ummuromanreviewbuku
Aku tak ingat macam mana aku boleh ter'follow' Teme Abdullah tapi paling aku ingat sejak aku mengaktifkan satu akaun instagram khas untuk aku kongsikan buku yang aku baca. Memandangkan aku 'follow' beliau dan jugak satu syarikat yang menerbitkan buku beliau, Iman Publication, banyak kali aku perasan buku-buku beliau sama ada dekat ig @imanpublication / @itsteme. Jadinya aku buat keputusan untuk cari buku beliau masa hantar buku lain dekat Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Setakat ni memang aku pinjam buku dekat PNM je. Paling dekat dengan rumah aku setakat ni, in shaa Allah.
Aku hanya jumpa satu je buku beliau, Pelukis Jalanan. Agak berzaman sebenarnya aku tak baca buku yang diolah dan disimpul dengan penceritaan yang penuh perasaan dan buku fiksyen. Aku tak rasa buku ni buku fiksyen sebab cerita ditulis berdasarkan kisah benar, pengalaman penulis sendiri. Tapi apapun setiap babak penting memang terasa sampai ke dasar jantung. Untuk anda yang kurang daya visual, mungkin akan mengantuk kalau anda baca buku ni. Bukan buku ni saja, semua buku. Aku cakap macam ni sebab kakak aku baca buku ni tak pernah tak menguap. Siap diletak tepi, malas nak baca. Tak feel orang kata.
Disaat Teme rasa tertekan kerana kekurangan duit untuk bayar sewa bilik, aku rasa kesiannyalah dia. Dimasa Teme marah kerana disabotaj oleh ahli kumpulannya sendiri, aku ikut marah. Dikala Teme berjaya membuktikan lukisan itu milik dia, aku berasa puas. Siap hati berbisik lagi, 'padan muka Orange' hahaha. Masa Teme mula disenangkan Allah dengan mendapat tempahan lukisan, aku pun ikut senang.
Memang buku ni digarap dengan baik. Dari satu plot ke satu plot. Ada permulaan, kemuncak, pengakhiran. Istilah bahasa yang digunakan pun simple, senang. Bukan macam cerita prosa tradisional. Sangat rekeman untuk mereka yang mahukan paparan realiti kehidupan.
Sesiapa yang nak dapatkan buku ni boleh berhubung dengan Iman Publication. Takpun ada je di kedai buku kalau tak silap aku. Kalau anda sejenis yang mempunyai kekangan kewangan, bolehlah rajinkan diri menapak ke perpustakaan berdekatan. Aku tak pasti perpustakaan lain ada ke tak buku Teme Abdullah. Boleh cuba try test.
Selamat membaca.
Saturday, October 19, 2019
Bahasa dan Pemikiran Melayu (Pesanan Terakhir Pejuang Melayu)
Dah lama tak update blog sejak kekurangan masa untuk membaca. Lama jugak aku ambil masa untuk habiskan. Rasa lebih sebulan. Maklumlah otak dah tepu. Apapun alhamdulillah pembacaan dihabiskan dalam bulan Oktober 2019. Stiker putih kat tepi tu menandakan buku ini hal milik Pepustakaan Negara Malaysia. Nanti aku dah pulangkan korang boleh pinjam ya. Hehehehe. Aku sebenarnya nak pinjam buku lain, tapi sebab tak jumpa ambik je mana ada. Tak sangka agak menyeronokan jugak!
Masa aku buka buku ni, aku sedang baca satu buku ni. Cuba teka apa jadi, aku tutup buku yang aku dalam proses nak habiskan, aku teruskan pembacaan buku Bahasa dan Pemikiran Melayu. Haa betapa kuatnya tarikan buku ni. Tapi sebab otak dah tumpul, agak lambatkan perjalanan membaca buku ni. Hahahah
Kalau orang tanya poin apa yang best sangat sampaikan tutup buku lain buka buku ni, semestinya poin yang aku baru tahu. Tapi aku tak pastilah dengan korang, jenis kesukaan korang. Tapi bagi aku benda baru memang best kalau nak explore. Tapi kelakar tak kalau aku cakap aku baru nak explore bahasa sendiri yang aku dah guna lebih 20 tahun? Okey je ke atau sedih? Bagi aku tak ada benda yang terlambat tapi apapun menyedihkan jugaklah. Hahaha
Antara yang seronoknya buku ni (as my perception) pengaruh bahasa inggeris dalam bahasa melayu. Selalu kita buat surat rasmi bermula dengan 'Adalah dimaklumkan' tapi mengikut bahasa melayu asli 'Dimaklumkan' sahaja. Tapi benda ni dah lama jadi sejak abad ke- 19 kalau tak silap. Masa Surat inggeris perlu diterjemah ke bahasa melayu. Nak salahkan diorangpun macam kurang sopan, jadinya aku-kaulah perlu belajar sendiri. Banyak lagi sebenarnya pengaruh bahasa inggeris dalam penulisan bahasa melayu. Korang boleh godek buku ni kayy.
Perkara best yang lain adalah seronoknyalah aku bila baca pengaruh bahasa melayu ni sangat kuat pada masa dulu-dulu. Sangat majunya bahasa melayu ni sampaikan orang bukan melayu pun bercakap dalam bahasa melayu sebagai bahasa perhubungan. Bukan sekadar lingua franca perdagangan, lebih lagi lingua franca kesusasteraan, lingua franca ilmu dan macam macam. Sebagai melayu (tapi aku pun Tak pasti aku melayu Ori ke campur) aku agak bangga akan kemodenan bahasa melayu pada suatu kala tapi sekadar bangga tak cukup. Perlu ada satu usaha iaitu mengamalkan. Ya, mengamalkan. Baru tak reput dek zaman.
Lagi satu poin yang buat aku lagi jatuh cinta adalah, gaya penulisan sasterawan zaman dulu yang penuh dengan maksud tersirat. Tak mematikan watak walaupun insan yang memainkan watak itu sudah tiada. Faham tak? Haaa ni ayat tersirat ni. Chewaah.
Jadinya inilah antara poin yang best bagi aku. Walaupun aku ulas buku perbincangan bahasa melayu, maafkanlah aku kerana menggunakan bahasa melayu campur yang tak berapa nak asli ni. Sesungguhnya aku manusia yang penuh dengan khilaf. Akan diperbaiki dari masa ke masa.
Diharapkan ulasan ni membuatkan korang rasa nak explore bahasa melayu lebih dan lebih lagi. Sekian terima kasih. Harap maklum.
n/p : Sesungguhnya aku baru tahu 'maklum' itu maksudnya faham. Jadinya harap maklum = harap faham.
Wednesday, August 7, 2019
Kisah Laki Bini Nukilan Hamka Kereta Mayat
Kisah Laki Bini
Sedang mata ralit mencari buku yang diinginkan, tiba-tiba mataku terhenti. Perkataan 'Laki Bini' menarik perhatianku. Lalu aku capai dan melihat isinya. Hm not bad. Cerita berdialog. Lalu aku teruskan pencarian buku yang lain.
Apa yang aku suka pasal buku ni?
1- Aku suka bila penulis berulang-kali
mengingatkan aku pasal pahala solat berjemaah. Aku jugak manusia lalai. Lepas baca buku ni, tiap kali nak solat aku akan teringat perkataan 27.
2- Sunnah. Setiap perkara haruslah didahulukan sunnah. Barulah rahmat Allah bersama kita.
3- Setiap perkara haruslah merujuk kepada soalan ini :
i) Adakah kerana Allah?
ii) Adakah perintah dari Allah (Dalil dan nas)?
iii) Jika perintah Allah, bagaimana Nabi Muhammad melaksanakannya (Sunnah nabi - yang aku mention kat atas)?
iv) Bagaimana kita mengistiqamahnya?
Ni contoh yang penulis bagi. Aku tak tahu pasal demonstrasi ni mungkin sebab aku masih budak semasa kejadian ni berlaku.
Kes - Baju hitam. Black Parade. Gulingkan kerajaan kerana enggan memboikot Belanda dan Amerika sebab penduduknya mengeluarkan filem menghina Nabi SAW.
Demonstrasi = Didakwa sebagai jihad.
Sebagai seorang Islam, seharusnya kita mengikut cara Nabi SAW. Jom tengok nabi kita buat macam mana.
1- Nabi akan tanamkan semangat jihad.
2- Penapisan. Nabi interview dulu. Ada orang yang ingin berjihad tapi tak dibenarkan nabi. Siapa?
¹) Orang munafik - Mereka kalau nak patah balik nabi tak pernah halang sebab jemaah jihad akan rosak atas sikap yang suka menghasut dan membuat kerosakan.
²) Orang cacat - Abdullah Mat Tom yang buta dan beberapa lagi sahabat yang cacat tak dibenarkan menyertai jihad kerana mereka akan mengusahkan orang sihat. Tapi ada yang diizinkan selepas merayu sepertinya Amr b Jamoh yang tempang kaki.
³) Orang perempuan - masalah bercampur-gaul, aurat dan mudah menjadi tawanan musuh.
⁴) Kanak-kanak
5) Orang tua yang uzur - yang kena papah atau duduk di atas kerusi.
6) Pemuda yang sakit orang tuanya.
7) Orang kafir
8) dll
Manakala dalam kejadian demonstrasi tu, ada orang tak solat, gengster, penagih dadah, mamat punk, wanita kafir yang seksi, wanita Islam sesi, wanita tudung labuh tapi berhempit dengan lelaki, Ada budak menangis bila kena bom pemedih mata dll.
So the conclusion, demonstrasi ni tak menepati Sunnah nabi. Okay sambung yang mula mula tadi.
4) Sebenarnya banyak lagi bahagian yang best. Jadi anda boleh belek-belek sendiri yaa. Walaupun nama buku ni Kisah Laki Bini, bujang pun boleh baca tau.
Sekian, terima kasih kerana sudi membaca. Dah baca panjang-panjangkanlah beritanya. Wassalam
Wednesday, July 31, 2019
Doktor - Bacaanku
First Post
Untuk bacaan Julai 2019 3 buku daripada 6 buku adalah buku berkenaan dengan kerjaya seorang doktor. Semua tu aku pinjam di PNM. Maksimum buku yang boleh dipinjam adalah 6 buku/ic kalau tak silap. Pihak PNM bagi tempoh pinjam lebih kurang sebulan. So enjoy!
DIAGNOSIS6: KATASTROPIK
Hasil perkongsian 6 insan bergelar doktor. Ada beberapa part yang aku rasa agak menarik dan .. Mungkin aku akan ingat selamanya (in shaa Allah selagi ingatan dikandung badan). Ni aku bagitahu yang mana part yang aku rasa best dan agak terkesan dihati aku. Lain orang lain citerasa. Kalau korang nak tahu citerasa korang sila baca dari mula hingga akhir!
Sedih? Memang sedih. Kalau aku jadi doktor tu dah lama aku rasa down. Hidup sebagai doktor tak mudah yaa anak anak!
Dr. Ahmad Zakimi Abdullah - Dikala anak sendiri sakit jauh nun di sana, dirinya tetap di sini merawat anak orang. Sila letakkan diri anda di tempat doktor ni sekejap. Bip!
Next - Seorang doktor yang ikhlas menjalankan tugasnya tapi beliau telah ditipu. Dikatakan patient telan paracetamol 100 biji tapi bila buat lab test kandungan paracetamol zero. Agak mendukacitakan apabila masih ada orang yang menganggap hospital adalah pentas teater.
Next - Doktor sanggup dimaki oleh bapa pesakit semata-mata untuk menjaga aib si anak. Okay sekarang sila cari buku ni ya.
I NEED A HELICOPTER, MY PATIENT IS DYING
Banjir besar yang melanda negeri Kelantan. Aku ingat banjir ni sebab tahun tu aku SPM dan aku takut kertas exam dihayut air lalu terpaksa exam balik. Sadis pemikiran!
Disebalik kerisauan aku ada kerisauan yang lebih besar yang aku dan kita patut risaukan. Paras air makin lama makin naik. Semakin ramai mangsa banjir. Aku tak ingat banjir tahun ini atau banjir lain yang mana masa tu bot tengah lari laju tiba tiba baby yang sedang didukung ibu jatuh ke dalam air. Aku pun tak ingat sambungan kes ni bagaimana. Sekiranya sudah ajal, syurga bagimu nak disana. Tunggu ibu dan bapamu sambil membawa cerek air. Beruntung ibubapamu. Tapi kehilanganmu juga satu kesedihan yang amat buat orang tuamu.
Bagi aku klimaks buku ni masa kes kecemasan tak berhenti kunjung tiba. Dengan pesakit dialisis, bayi demam kuning, pesakit nak bersalin, pesakit bersalin kena jahit tanpa bius, pesakit kemalangan, pesakit denggi berdarah dan ramai lagi. Dengan paras air makin naik, kemudahan alatan terhad, terputus hubungan darat. Aku rasa cerita buku ni boleh diadaptasi menjadi siaran di kaca tv. Berfakta lagi benar.
ISTERIKU SEORANG DOKTOR
Buku ni mengajar aku untuk bersyukur dengan masa yang ada. Ya, betul. Jadual kerja yang tak menentu membuatkan kita lelah. Tapi at least kita ada masa. Kalau tak ada masa takkanlah aku tulis kat blog kan. Ada orang pegang handphone pun tak sempat. Maka marilah kita bersyukur dengan masa kita walaupun masanya agak terhad.
Kedua, support system sangat penting. Dalam buku ni menceritakan sokongan suami terhadap isteri. Bila aku yang tak bersuami lagi ni nak relate kan dengan kehidupan aku, umi-abi-adik-beradik. Aku cuba yaa bagi sokongan walaupun aku tahu sokongan aku tak berapa baik. Hahahah.
Support ni boleh jadi dari segi bicara, tindakan. Tindakan ni tak semestinya kita bertindak menyelesaikan masalah. Mungkin kita boleh jadi pendengar yang baik, usap usap tangan. Bagi diorang comfort. Aksi usap tangan Haram bagi yang bukan mahram yaa.
Setiap cerita ada kisahnya dan setiap kisah ada pengajarannya. Bagaimana nak mengaplikasikan dalam kehidupan terserah kepada anda. Terima kasih assalam.
ISTERIKU SEORANG DOKTOR
Buku ni mengajar aku untuk bersyukur dengan masa yang ada. Ya, betul. Jadual kerja yang tak menentu membuatkan kita lelah. Tapi at least kita ada masa. Kalau tak ada masa takkanlah aku tulis kat blog kan. Ada orang pegang handphone pun tak sempat. Maka marilah kita bersyukur dengan masa kita walaupun masanya agak terhad.
Kedua, support system sangat penting. Dalam buku ni menceritakan sokongan suami terhadap isteri. Bila aku yang tak bersuami lagi ni nak relate kan dengan kehidupan aku, umi-abi-adik-beradik. Aku cuba yaa bagi sokongan walaupun aku tahu sokongan aku tak berapa baik. Hahahah.
Support ni boleh jadi dari segi bicara, tindakan. Tindakan ni tak semestinya kita bertindak menyelesaikan masalah. Mungkin kita boleh jadi pendengar yang baik, usap usap tangan. Bagi diorang comfort. Aksi usap tangan Haram bagi yang bukan mahram yaa.
Setiap cerita ada kisahnya dan setiap kisah ada pengajarannya. Bagaimana nak mengaplikasikan dalam kehidupan terserah kepada anda. Terima kasih assalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)