Sunday, May 31, 2020
Ulas Buku : Satria-satria Sejati Generasi Baru Karya Hilal Asyraf
Kudapati jalan cerita ada iras kisah Nabi Musa alaihisalam. Lutello tidak dikurniakan anak kerana dia mandul. Bayi yang dijumpai permaisuri diangkat menjadi anak mereka, Ariki. Tanpa disedari Ariki yang dibela sejak kecil adalah bakal perampas takhta yang dimaksudkan oleh ahli nujum. Lutello menyangka musuh sudah habis dihapuskan semasa peperangan agung.
Mengikut @twinnie.read (member bookstagram) total buku siri ini ada 5. 3 di pasaran 2 otw. Aku baca dari kulit ke kulit walaupun hakikatnya hanya menyentuh screen hp. Penulis menukil sambungan hingga 5 kitab kerana realiti hidup nak capai kejayaan hatta dekan pun pelbagai cabaran harus ditempuhi, inikan pula rampasan kuasa (ya dak?).
Biasanya bila baca buku fiksyen aku akan fokus pada ending. Bila dah tahu ending memang aku tak berhajat nak habiskan. Untuk buku ni aku enjoy proses mereka mengumpul bala tentera. Aku suka cara penulis menggarap sifat tawakkal dalam diri setiap watak sehingga memberi kesan pada kita (si pembaca). Lain perkara yang agak menyentuh hati, watak Jilia (betul ke? Sis tak ingat nama) ketika diheret ke penjara, begitu teguh berpegang pada agama yang dianuti Ibu Umeira walaupun amat sedikit hal Islam yang diketahui. Berbeza dengan kita yang mahukan bukti setinggi gunung barulah nak percaya.
Sangat direkemen yang nak baca buku santai tapi deep. Sesuai untuk semua lapisan umur. Gabungan fantasi islamik. Kenapa fantasi - sebab ada ciri avatar - boleh kuasai tanah, angin, air, elektrik, api. Tapi kan, kau orang pernah dengar cakra dalam badan kita? Ops, out of topic. Selamat membaca.
24/30/2020
#romanread #romanbaca #bookstagram #bookstagrammalaysia #malaysiamembaca #bookish #book #read #buku #baca #bacaanmei2020 #satriasatriasejati #generasibaru #hilalasyraf #satriasatriasejatigenerasibaru #bookworm #ulatbuku #booklover #pkp #dudukrumah #bacabuku #mco #malaysiamco #bangsamembaca #bookreview #ulasanbuku #ariki
Sunday, May 10, 2020
Pulang - Lily Haslina Nasir
Pulang - 2018
Cerita berdasarkan kisah benar. Ada dalam bentuk filem, ada juga dalam bentuk buku. Kerana aku sejenis nak cepat aku hanya menonton filem. Ulasan ini berdasarkan nonton filem.
Othman dan Thom merupakan sepasang suami isteri yang hidup pada zaman sebelum penjajahan Jepun di Malaya. Thom mengambil upah menjahit manakala Othman kerjanya menjala di laut. Mereka dikurniakan seorang anak, Omar. Othman mempunyai cita-cita besar dalam memberi kesenangan pada keluarga kecilnya melalui laut. Baginya tiada guna kapal yang cantik jika hanya bersauh di tepi pantai. Thom risau melihat keghairahan Othman. Cukuplah dua kali Othman meninggalkannya. Namun keputusan Othman tidak ada siapa boleh menghalang. Thom dengan berat hati melepaskan Othman pergi berlayar menjadi krew kapal. Postcard menjadi pengubat rindu dan bukti keberadaan Othman di dunia laut.
Thom semakin cemas setelah sekian lama tidak menerima postcard. Postcard terakhir berlokasi di Hong Kong. Thom tekad mencari Othman di sana. Namun hampa. Hanya dititipkan surat melalui Lum. Hari demi hari berlalu, tiada perkhabaran keberadaan Othman. Thom kecewa. Omar bersekolah, ke universiti, berkahwin, mempunyai anak, Othman masih tidak kembali. Janji tinggal janji. Namun, jauh disudut hati Thom ingin tahu sebab Othman tidak kembali. Jika mati, mana kuburnya.
Thom meminta cucunya, Ahmad mencari Othman sebelum dia pergi buat selama-lamanya. Telinganya ingin sekali mendengar sebab Othman tidak pulang. Satu demi satu kisah terbongkar. Cinta Thom dan Othman adalah cinta suci. Tiada siapa dapat memutuskan ingatan mereka. Othman tidak pernah melupakan Thom. Gambar Thom selalu di tangan. Ketika kapal hancur dipukul ombak ganas, dia terdampar di atas sisa kapal, gambar Thom tetap di pegang erat. Kapal yang disangka sangat mempersonakan ditengah laut rupanya sungguh indah jika hanya disaksikan di gigi pantai.
Disebabkan salah faham yang sedikit menyebabkan pemisahan dua insan yang saling merindui hingga akhir nafas.
'Aku akan pulang' - Othman
'Aku hanya punya hati, untuk mencintai' -Thom
'Omar cari abah' - Omar
*****
Kisah cinta epik yang mempunyai kaitan dengan sejarah iaitu scene penjajahan Jepun. Bukan sekadar memaparkan cinta sejati antara kekasih malah antara bapa dengan anak dan ibu dengan anak. Persahabatan tanpa mengira kaum. High recommended. Lima bintang.
Subscribe to:
Posts (Atom)